Sunday, 15 October 2017

Macau Day Trip #2 - St Paul's Ruins & The Venetian

Okay sambung balik cerita di Macau. Bila skip menaip, mula laa malas nak sambung cerita hahaha.

Jalan keliling penuh kedai. Sampai hujung nampak laa view ni

Kalau pegi sini, tolong laa beli dan minum air ni. Ala-ala Chatime, Tealive kat Malaysia. Tapi nikmatnyaaaa sebab cuaca panas gileee.

St Paul's Ruins

Dulunya tempat ni bekas gereja Catholic. Ada muzium kat dalam ni, tapi masuk kena bayar. Kitorang decide untuk jalan-jalan kat luar je. Kat tepi Ruins ni ada taman, tapi kitorang tak rajin nak masuk.

Hang out kat tepi-tepi ni melayan kepenatan dan minum air. Tepi tangga ni rumah orang je weh

View of the other side. Ramai orang

Malas nak crop gambar plis

Wednesday, 4 October 2017

Macau Day Trip #1 - Fisherman Wharf & Senado Square

Day trip to Macau! Selalunya orang pergi Hong Kong akan sekalikan visit to Macau jugak, sama ada day trip atau overnight di Macau. Terpulang laa pada aktiviti, kalau nak berkasino kena laa stay lama sikit kat Macau kan! Ahahaha.

Sama macam HK, Macau or Macao ni merupakan Special Administrative Region of China. Berbeza dengan HK yang heavily influenced by Queen's Great Britain, Macau ni lebih influenced by Portuguese. Macau ni terkenal serata dunia dengan perjudian, dalam dunia ni negara dia laa ramai orang kaya & hidup lebih lama bila compared dengan other countries (info: Wiki).

Info lain yang aku baru tahu, Macau ni baru 'dibebaskan' dari Portuguese rule pada tahun 1999 dan seterusnya menamatkan era European colonialism di Asia. China terus ambik dia masuk SAR lepas tu.

Anyway, kalau dari HK nak ke Macau, boleh naik feri atau flight. Tapi naik feri paling senang, perjalanan pun ambik masa sejam je.

Pemandangan dari China Ferry Terminal

Turbojet

Ada beberapa tempat boleh board ferry ni & harga berbeza ikut tempat kita nak naik tu. Kitorang naik kat China Ferry Terminal sebab dekat je kat Kowloon, option satu lagi ialah dekat HK Island. Beli tiket kat terminal terus, dalam RM200/person untuk return ticket.

Masa kat terminal hari tu, mat salleh depan kitorang acah terkejut gile harga tiket mahal katanya, sedangkan bila aku research sebelum ke HK, memang itu laa lingkungan harga dia..? So aku tak tahu laa ada tiket yang lagi murah ke, tapi memang mat salleh tu blah dan kononnya cari company lain yang jual tiket. Tapi to be honest, kat terminal ni diorang macam jual tiket categorized by destination, bukan company.

Anyway kitorang naik ferry pukul 9 pagi, sampai Macau dalam pukul 10 camtu. Still kena go through immigration jugak ye, huhu malas betul -.-"

Feri yang selesa

Aku plan itinerary kat Macau ni ikut distance tempat tu. Yang paling dekat, lebih kurang 15 minit berjalan dari Macau Outer Harbour Ferry Terminal ialah Fisherman Wharf, so kitorang berjalan ke situ dulu.

Ni dekat Macau Convention Center kalau tak silap. Sebelah je dari tempat yang dituju

Tuesday, 3 October 2017

Hong Kong #3 - Victoria Peak

Victoria Peak ni kategori wajib pergi kalau travel ke Hong Kong. Katanya sebab dia offer view Hong Kong yang paling awesome sekali. Betul ke tak..? Tunggu akhir kata kat hujung post ni ye haha.

Sekali lagi aku booking pakai Klook mobile app, beli Peak Tram Fast-Track Combo, dalam RM30/person. Included: one way ticket ke Victoria Peak naik tram, entrance to Sky Terrace 428, dan kononnya fast track laa, sampai situ boleh terus naik tram haha. Kena tunggu jugak sebenarnya, tapi tak lama sangat compared to kalau beli kat situ terus (rasanyaaaa).


Yang best bila booking pakai Klook ni, ada orang dia merangkap tour guide yang akan tunggu di tempat yang ditetapkan & akan gerak sesama pergi ke tram Victoria Peak. Dia akan guide kita naik tram sampai ke atas. To be honest kitorang beli ticket tu bukan untuk tour guide sangat tapi sebab nak fast track tu muehehe.

Jalan on the way ke tram, nampak banyak bangunan menarik

Tuuuuuu dia penuh orang

Actually kitorang pergi waktu peak hour, pukul 5.30 pm macam tu. Maybe kalau pergi awal pagi, keadaannya tak sesak sebegini. So yeah, memang recommended laa beli tiket online siap-siap sebelum datang sini supaya tak serabut nak beratur dengan crowd ramai camni.

Ramai orang weh

Again, fast track tu kena tunggu tapi memang tak lama, dalam 20 minit je. Aku rasa kalau pergi sendiri, mahu berjam jugak tunggu ni. Crowd dia memang dahsyat, padahal petang Khamis kot.


View dalam tram

Monday, 2 October 2017

Hong Kong #2 - Ocean Park

The next day bangun awal pagi, makan sarapan daripada Malaysia atas belas ihsan bestie (aku memang fail kalau nak ingat pasal makan ni, reti buat itinerary & jalan je) dan terus keluar sebelum pukul 9 pagi.

Aku ingatkan pukul 9 pagi tu dah ramai orang, turns out takde laa ramai sangat walaupun matahari dah tinggi. Maybe orang dah masuk keje kot.

Another art stairs

Jumpa market, bestie nak beli buah -.-" pantang jumpa buah makcik sorang ni

Oldskool style warung kat HK. Rare gile tempat camni. Nak ambik gambar banyak lagi tapi cuak

Aku pun tak tahu kitorang jalan kat mana, main redah je. Tempat ni dekat area Kowloon Park jugak ni.

HK skyline in the morning

Clock Tower

Kat area Clock Tower ni ala-ala transportation hub. Ada bus stop yang banyak dan kat sini jugak ada Terminal Star Ferry. Star Ferry ni macam feri Pulau Pinang laa yang nak menyeberangi Selat Melaka tu. Star Ferry kat sini panjang sejarah dia, boleh naik ni untuk pergi ke Hong Kong Island, tambang HKD 1.50 je. Murahhh, siap dapat view yang awesome lagi.

Star Ferry

Free seating dalam feri. Yang menariknya penyandar kerusi ni boleh tolak ke depan atau ke belakang, senang orang nak tengok view


Salah satu tempat untuk turun

Setahu aku Star Ferry ni boleh pergi kat Central Pier atau Wan Chai Pier. Kalau pergi Wan Chai, lagi dekat dengan area Timesquare, tempat shopping. Kitorang tak sempat pun pergi situ.

Setelah sesat dalam stesen MTR diorang, akhirnya sampai jugak ke Ocean Park! Yang best nya, MTR ke Ocean Park tu baru je siap akhir tahun 2016. Syukurrr tak payah naik bas hehe.

Tadaaaaa

Sunday, 1 October 2017

Hong Kong #1 - Kowloon, Garden of Stars, & Symphony of Lights

Dah lama gile aku tak tulis pasal travel rasanya. Well, I'm backkk! Muahaha.

So aku ada 3 travel stories yang pending: Chiang Mai, Kashmir, dan Hong Kong. Tu yang tak termasuk travel dalam negara lagi tu erkk. Btw aku dah sampai ke semua 13 negeri di Malaysia yeahhh finally! 

Anyway Chiang Mai and Kashmir terpaksa hold on dulu sebab aku malas nak pilih gambar haha (forever alasan yang sama). Let's move on to HK!

So aku fly ke HK dengan my bestie pada Hari Raya ke-4. Maafkanlah anakandamu mama sebab tak reti duduk diam kat rumah. Beli tiket flight pun a few weeks before puasa, memang unplanned compared to my other trips.

Why HK? Sebab I miss traveling to cities. Before this, aku tak pernah sangka that I am actually a city person. I like reliable, dependable public transport, and the cool city skyline. I especially love cities that are near to rivers or the ocean (Melbourne, omg). So bila aku research Asian countries yang dekat dan aku tak pernah pergi to have a city getaway, HK comes first to my mind.

Gugusan kepulauan

This looked so surreal with your own eyes

Berbukit-bukau jugak

Tengah bandar Kowloon

Sebenarnya sampai sekarang aku still confused dengan status Hong Kong ni. Officially, Hong Kong ni namanya Hong Kong's Special Administrative Region of People's Republic of China panjang gile watdehek, ada currency sendiri yang separate dari China, dan ada government sendiri. As far as I understand, diorang takde military capability and depends on China on this. I really need to read up on the world's political and geographical facts tapi aku payah betul nak hadam benda-benda ni hahaha. I'm trying though.

So geographically, HK ni ada 4 districts yang utama: Hong Kong Island, Lantau Island, Kowloon, New Territories, dan Outlying Islands. Tourists usually akan pergi ke 3 districts yang pertama tu je. Kowloon ada banyak attraction points and markets, HK Island ada Islamic Centre (and halal food) dan Ocean Park, Lantau Island ada airport dan Disneyland.

We chose to stay in Kowloon sebab murah dan dekat dengan banyak attraction.

Concrete jungle

Artsy stairs


Kowloon Park



Bersih

This looks so picture perfect, that lighting ughhh

Thursday, 17 August 2017

Battling post-inflammatory hyperpigmentation (PIH)

Wow, second post in a week, and pasal skincare again :P

Aku nak jugak update pasal travels, but I am just so lazy trying to choose pictures to upload! Like seriously, kalau travel posts aku tu usually berangkai maybe about 5 posts minimum, aku akan ambil masa lebih kurang 1-2 jam nak rangka each post - from selecting pictures, uploading them, typing, and proofreading. It takes a lot of timeee.

So, bagi chance laa aku nak story pasal skincare yeee.

Okay, PIH. Dalam bahasa lebih mudah, PIH ni selalunya terjadi bila kulit terluka (inflamed) dan bila kulit ni nak baik semula, warna kat kawasan luka tu akan jadi lebih gelap daripada sekelilingnya. Kalau kena gigit nyamuk pastu gatal pastu garu pun boleh perasan laa kawasan luka tu jadi gelap sikit kannn.

Untuk orang yang concerned tentang kulit muka, PIH ni yang selalunya dimaksudkan sebagai 'parut jerawat' atau 'bekas jerawat'. Actually term parut jerawat tu tak tepat, bekas jerawat tu mungkin lagi tepat. Tapi senang cerita, PIH tak sama dengan acne scar okayy.

Hasil Google.

Wednesday, 16 August 2017

Trying out acids

Sebenarnya aku nak update entri 'Kompilasi Skincare Products dari Korea' tu, tapi I find that the posts are overwhelmingly long lol! So maybe aku akan buat multiple entries for every step. Tengok laa macam mana nanti, kerajinan menaip blog pun memainkan peranan.

Anyway, skincare routine aku dah berubah jugak, makin product-heavy. Sebenarnya aku nak kurangkan bilangan produk yang aku pakai each time tapi malangnya makin bertambah. I don't know why, aku rasa nak apply segala benda kat muka zzz.

Anyway, my latest routine on most days are like this:

AM
TFS Rice Water Bright Cleansing Foam
Missha FTE
Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
Klairs Vitamin C Drop
Innisfree Green Tea Seed Serum
Mizon Snail Recovery Gel
Biore UV Aqua Rich Watery Essence

PM
TFS Rice Water Bright Cleansing Foam
Missha FTE
Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
Klairs Vitamin C Drop
Missha Time Revolution Ampoule
TFS Chia Seed Moisture Recharge Cream

Once or twice a week
Skinfood Black Sugar Scrub
Innisfree Super Volcanic Clay Mask
Laneige Water Sleeping Mask
Sheet masks

Tbh, my skin is not at its best as of late. Asyik naik whiteheads kat area yang sama - the cheek area near my nose and on my chin. Aku tak tau laa selama ni dia memang selalu ada atau aku je yang baru perasan sebab aku pay so much attention to my skin lately. Anyway, I'm annoyed with them.

Aku tengah in the middle of reshuffling my routine. Nak tukar cleanser & moisturiser, dan nak tambah acids. What are acids, you ask? They are chemical exfoliants commonly known as AHA and BHA, and people also refer to them as 'actives', because they are the main workhorse of your routine.

Sebenarnya dari awal aku dah baca kebaikan acids ni, tapi aku takut gile nak try. Firstly, it is known that chemical exfoliants boleh cause overexfoliation. Kalau kau overexfoliate, senang cerita muka kau akan breakout dan jadi dehydrated, oily, dan teruk gile. Kalau tak berani, memang jangan laa try.

But since aku dah agak geram dengan whiteheads ni, I'm giving these acids a chance. It took me 8 months into my asian skincare journey to finally brace myself to accept acids. In fact I've already bought my first one.